Polisi Kami
Selepas pelanggan memilih syarikat kami untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan, perjanjian antara pelanggan dan wakil syarikat harus ditandatangani. Hal demikian adalah untuk memastikan hak kedua-dua pihak dapat dilindungi.
Mengikut polisi syarikat, pelanggan hendaklah membeli polisi MLTA/Keyman dengan syarikat kami yang disertakan dalam setiap pinjaman yang diperolehi. Ia merupakan perlindungan untuk pinjaman dan perniagaan pelanggan.
Langkah-langkah untuk Mendapat Pinjaman
- Pelanggan boleh mengesahkan perunding melalui laman web rasmi ISG atau menghubungi pejabat ISG.
- Pelanggan harus menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada perunding untuk pra-imbasan.
- Perunding akan memberi nasihat yang sewajarnya untuk pelanggan selepas pra-imbasan.
- ISG akan mengeluarkan invois dan perjanjian kepada pelanggan selepas pelanggan menerima perkhidmatan syarikat.
- ** Untuk kes tertentu, Pinjaman SME, Pinjaman Perniagaan dan Pinjaman Korporat sahaja
- Setelah pelanggan memahami terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian, pelanggan perlu menandatangani sebagai pengesahan.
- ** Perjanjian hanya untuk kes tertentu, Pinjaman SME, Pinjaman Perniagaan dan Pinjaman Korporat sahaja
- Pelanggan perlu membayar yuran pentadbiran kepada akaun syarikat ISG.
- ** Untuk kes tertentu, Pinjaman SME, Pinjaman Perniagaan dan Pinjaman Korporat sahaja
- ISG akan mengeluarkan resit bayaran pentadbiran untuk pelanggan sebagai bukti pembayaran.
- ** Untuk kes tertentu, Pinjaman SME, Pinjaman Perniagaan dan Pinjaman Korporat sahaja
- Perunding akan bermula dengan proses pinjaman.
- Apabila pinjaman diluluskan, pelanggan harus membuat pembayaran yuran perundingan yang sepenuhnya kepada ISG sewaktu pelanggan datang untuk menandatangani Letter Offer.
- **Pelanggan mesti membeli polisi MLTA/Keyman dengan syarikat apabila berjaya memperolehi pinjaman melalui syarikat.
- ISG akan mengeluarkan resit yang terakhir kepada pelanggan selepas bayaran penuh diterima sebagai bukti pembayaran.