Syarikat Kami
Tentang Kami
Ditubuhkan pada tahun 2017, kami berlokasi di Petaling Jaya, Selangor. Dengan pengetahuan yang luas dalam industri kewangan, kami menawarkan cara penyelesaian pinjaman yang terbaik selepas memahami keperluan setiap pelanggan.
Kini, kami bekerjasama dengan lebih daripada 25 agensi hartanah yang terkenal, serta disokong oleh 15 firma penilaian dan 7 firma guaman.
Misi
Menyediakan produk dan perkhidmatan yang paling sesuai kepada pelanggan kami agar keperluan khusus dapat dipenuhi pada kadar yang terbaik. Memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan kami.
Visi
Menjadi penasihat kewangan yang terbaik dalam komuniti dan menjadi seorang yang boleh dipercayai oleh pelanggan dan rakan kami. Menuju ke arah untuk menjadi pilihan utama masyarakat dalam semua keperluan pembiayaan.
Membina sistem sokongan yang terbaik, menggunakan teknologi yang canggih dan mengelilingi diri dengan individu yang terbaik agar kami dapat mencapai matlamat yang ditentukan.
Menerima penghormatan dan sanjungan daripada ahli syarikat, pelanggan dan rakan sekalian.